31 October 2009

Lawatan 1 Malaysia "Indahnya Negeriku" - Sabtu, 31 Oktober 2009

Program Lawatan 1 Malaysia telah diadakan bermula pada 31 Oktober hingga 3 November 2009 ini. SK Banir telah menghantar 6 peserta iaitu, Norazuan, Mohd Shahrin, Saiyidah Nafisah, Siti Khafizatul Arifah, Nurul Afifah dan juga Intan Nursyahirah. Guru yang mengiringi mereka pula ialah Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi. Perjalanan mereka akan melalui beberapa tempat yang menarik di sekitar bandaraya Ipoh serta ke Lumut dan Pulau Pangkor. Semoga perjalan ini mendapat rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.

29 October 2009

Sekitar Sukaneka Perpaduan RIMUP 2009 - Khamis, 29 Oktober 2009

Sukaneka Perpaduan RIMUP telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan iaitu melahirkan semangat perpaduan sesama kaum berteraskan semangat 1 Malaysia yang menjadi objektif utama sukaneka pada kali ini.

Ucapan Guru Besar SK Banir, encik Saidi bin Daman yang menjayakan majlis perasmian sukaneka perpaduan ini. Kelihatan juga pengerusi PIBG, pn Ayuzana dan NYDP PIBG encik Sapuan yang turut sama memeriahkan acara.



Antara ragam dan aksi sepanjang acara berlangsung. Acara sukaneka ini berjalan dengan penuh kemeriahan dan berjaya membentuk semangat berpasukan dikalangan murid-murid antara dua buah sekolah iaitu, SK Banir dan juga SJKC Hwa Lian. Tahniah kepada semua yang menjayakan acara sukaneka ini.

Peperiksaan Akhir Tahun - Khamis, 29 Oktober 2009

Peperiksaan Akhir Tahun telah bermula pada 27 - 30 Oktober 2009, berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Hari Anugerah Cemerlang pula akan diadakan pada 14 November 2009 ini bagi meraikan kejayaan murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

21 October 2009

Kajian Tindakan SK Banir...Mantap!! - Rabu, 21 Oktober 2009


Tahniah dan Syabas kepada Pn Zakidah bt Hj Abdullah kerana telah berjaya membentangkan Kajian Tindakan "Star Search" dengan jayanya pada Konvensyen Kajian Tindakan Peringkat Negeri Perak 2009 ini yang berlansung pada 21 Oktober 2009. bertempat di Grand Kampar Hotel bermula 21 - 23 Oktober 2009. Sungguh hebat pembentangan yang dibuat. Sesi pembentangan sungguh lancar dan mendapat respon yang amat baik dari peserta dan juga pembentang yang lain. Tahniah dan sememangnya SK Banir..HEBAT!!



Gambar kenangan pembentang bersama peserta iaitu ustaz Mohamad serta guru-guru dari SK Banir yang datang memberikan sokongan kepada Pn Zakidah iaitu Pn Siti Zauwiyah dan juga Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi. Turut sama dalam sesi pembentangan ini juga ialah Pn Azian Ahmad (PTR SK Banir) dan suami sebagai tanda sokongan. Terima kasih dari kami kerana sudi hadir memeriahkan lagi sesi pembentangan ini.

20 October 2009

Program 15 Minit Bacaan Pagi NILAM - Rabu, 21 Oktober 2009

Program ini masih diteruskan dan mendapat sambutan yang baik dikalangan murid-murid SK Banir. Bacaan pagi ini bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi. Murid-murid ini akan dipantau oleh seorang guru yang bertugas pada minggu tersebut.

19 October 2009

Bagaimana menjadi pelajar Cemerlang - Isnin, 19 Oktober 2009

dipetik : anuar2u.com

Kami tunjukkan jalan ke SK Banir - Isnin, 19 Oktober 2009

SK Banir ini terletak di kampung Banir, bersebelahan dengan jalan keretapi dan dikelilingi oleh ladang-ladang kelapa sawit. Namun begitu, segala kemudahan tersedia seperti sekolah-sekolah di kawasan pekan dan bandar. Maklumat lanjut boleh hubungi SK Banir di alamat seperti di bawah :

SK Banir,
35400 Tapah Road,
Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4789317

16 October 2009

Penggal Persekolahan Tahun 2010 - Sabtu , 17 Oktober 2009

Penggal Persekolahan Tahun 2010

KENYATAAN AKHBAR

MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM,

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H

Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.





Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya. Keseimbangan minggu persekolahan dan cuti bagi Penggal 1 dan Penggal 2 adalah seperti berikut:

PERSEKOLAHAN DAN CUTI PENGGAL 1 PENGGAL 2
Hari Persekolahan 10 minggu 11 minggu
Cuti Sekolah 9 hari 9 hari
Hari Persekolahan 11 minggu 10 minggu
Cuti Sekolah 16 hari 44 hari

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

8 September 2009.


PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

KUMPULAN A (Kedah,Kelantan dan Terengganu)

Penggal Cuti Dan Hari Persekolahan Mula Akhir Bil Minggu Bil hari
Satu Hari Persekolahan 03.01.2010 11.03.2010 10 50
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 - 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 03.06.2010 11 55
Cuti Pertengahan Penggal 04.06.2010 19.06.2010 - 16
Dua Hari Persekolahan 20.06.2010 02.09.2010 11 55
Cuti Pertengahan Penggal 03.09.2010 11.09.2010 - 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 18.11.2010 10 50
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 - 44
Jumlah

42 288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210

Jumlah Hari Cuti Penggal : 78






PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

KUMPULAN B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Penggal Cuti Dan Hari Persekolahan Mula Akhir Bil Minggu Bil hari
Satu Hari Persekolahan 04.01.2010 12.03.2010 10 50
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 - 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 04.06.2010 11 55
Cuti Pertengahan Penggal 05.06.2010 20.06.2010 - 16
Dua Hari Persekolahan 21.06.2010 03.09.2010 11 55
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 - 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 19.11.2010 10 50
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 - 44
Jumlah

42 288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210

Jumlah Hari Cuti Penggal : 78



PERINCIAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 MENGIKUT PENGGAL

    KUMPULAN A : Kedah,Kelantan dan Terengganu

Penggal Mula Persekolahan Akhir Persekolahan Jumlah Hari
1 03.01.2010 31.01.2010 21
01.02.2010 28.02.2010 20
01.03.2010 11.03.2010 9
Cuti Pertengahan Penggal 9
12.03.2010 20.03.2010
21.03.2010 31.03.2010 9
01.04.2010 29.04.2010 21
02.05.2010 31.05.2010 22
01.06.2010 03.06.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 16
04.06.2010 19.06.2010
2 20.06.2010 30.06.2010 9
01.07.2010 29.07.2010 21
01.08.2010 31.08.2010 23

01.09.2010 02.09.2010 2

Cuti Pertengahan Penggal 9
03.09.2010 11.09.2010
12.09.2010 30.09.2010 15
03.10.2010 31.10.2010 21
01.11.2010 18.11.2010 14

Cuti Akhir Tahun 44

19.11.2010 01.01.2011
Jumlah 288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210

Jumlah Hari Cuti Penggal : 78

PERINCIAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 MENGIKUT PENGGAL

KUMPULAN B:

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penggal Mula Persekolahan Akhir Persekolahan Jumlah Hari
1 04.01.2010 29.01.2010 20
01.02.2010 26.02.2010 20
01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 9
13.03.2010 21.03.2010
22.03.2010 31.03.2010 8
01.04.2010 30.04.2010 22
03.05.2010 31.05.2010 21
01.06.2010 04.06.2010 4
Cuti Pertengahan Penggal 16
05.06.2010 20.06.2010
2 21.06.2010 30.06.2010 8
01.07.2010 30.07.2010 22
02.08.2010 31.08.2010 22

01.09.2010 03.09.2010 3

Cuti Pertengahan Penggal 9
04.09.2010 12.09.2010
13.09.2010 30.09.2010 14
01.10.2010 29.10.2010 21
01.11.2010 19.11.2010 15

Cuti Akhir Tahun 44

20.11.2010 02.01.2011
Jumlah 288


Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210

Jumlah Hari Cuti Penggal : 78



DIKELUARKAN OLEH

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pelajaran Malaysia

PUTRAJAYA

8 September 2009

Anda kenal mereka berdua? - Jumaat, 16 Oktober 2009

Kami warga SK Banir amat berbesar hati apabila menerima seorang rakan sejawat yang tidak asing lagi, anak kepada Pengarah Pelajaran Perak ini pada 1 September tahun 2007 yang lalu.Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi merupakan guru pemulihan di SK Banir dan telah banyak membantu murid-murid lemah 3M di sini. Tidak disangka-sangka, bahawa SK Banir ada anak seorang Pengarah Pelajaran berkhidmat di situ. Hebat kan! Namun itulah kebanggaan kami warga SK Banir.

Selamat Berkhidmat!

15 October 2009

Pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Negeri 21-23 Oktober 2009 - Khamis, 15 Oktober 2009

Pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Negeri akan di adakan pada 21-23 Oktober 2009 ini, bertempat di Grand Kampar Hotel, Kampar. SK Banir telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang akan membentangkan Kajian Tindakan"Star Search" peringkat negeri ini. Ini merupakan kali kedua SK Banir terpilih untuk membentangkan kajian di peringkat negeri.

Kajian ini telah di jalankan oleh Pn Zakidah bt Hj Abdullah dengan menumpukan kepada masalah ponteng di SK Banir. Turut sama dalam sesi pembentangan tersebut ialah, ustaz Mohamad bin Mat Yis sebagai peserta atau pemerhati. Alhamdulillah, kajian ini telah mencapai sasaran yang diharapkan iaitu, masalah ponteng telah dapat dikurangkan dengan jumlah peratusan yang tinggi. Tahniah..teruskan usaha yang murni.


e-Kasih untuk semua jenis bantuan - Khamis, 15 Oktober 2009


Permohonan e-Kasih boleh dibuat hanya melalui pendaftaran di Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) sebelum bantuan dapat disalurkan. Kepada ibubapa yang ingin membuat permohonan boleh berbuat demikian di alamat seperti di bawah:

Pejabat Pembangunan Negeri Perak

Aras 8,9&10, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Koo Choong Kong,

30000 IPOH

Tel : 05-2497400 / 05-2497437 ( Nor Azlina )

Pihak sekolah hanya menguraskan data e-Kasih yang telah didaftarkan untuk penyaluran bantuan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sahaja.

12 October 2009

Persiapan Acara Sukaneka Perpaduan RIMUP SK Banir/SJKC Hwa Lian, Banir - Selasa,13 Oktober 2009

Persiapan untuk acara Sukaneka RIMUP 2009, SK Banir bersama dengan SJKC Hwa Lian telah siap dijalankan dan menunggu acara berlangsung pada hari ini, pukul 2.00 nanti. Semoga program ini akan berjalan lancar dengan keadaan cuaca berkeadaan baik hingga ke petang. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

* Gambar acara sukaneka akan di post selepas acara ini berlangsung

Majlis Penutup & Penyampain Hadiah Program Star Search 2009 - Isnin,12 Oktober 2009

Majlis Perasmian Penutup Program 'Star Search" 2009 telah diadakan pada 12 Oktober 2009. Majlis disempurnakan oleh guru besar SK Banir, en. Saidi bin Daman. Program ini telah berjaya mengurangkan kadar ponteng di SK Banir dan keseluruhan, program ini mencapai sasaran yang ditetapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.