28 November 2009

Lawatanku.. 1Malaysia , Sabtu, 28 November 2009

Peserta bersama guru pengiring bergambar kenangan.

Ketika di TLDM Lumut

Enam orang murid SK Banir turut serta dalam program 1 Malaysia.

07 November 2009

Kontraktor Kelas G dan D - Sabtu, 7 November 2009

Projek membina pentas / dewan terbuka untuk Hari Anugerah Cemerlang 2009 giat dijalankan. En. Fauzi dan juga abang Dollah (en Ahmad) dilantik sebagai kontraktor bagi menyiapkan projek ini. Masing-masing dengan keupayaan lesen binaan kelas G dan D ( saje je..) ini begitu tekun dan bersungguh-sungguh menyiapkan pentas ini sebelum 14 Vovember 2009. Apa yang menariknya..projek ini di bina secara FREE oleh kedua-dua kontraktor ini. Terima kasih daun keladi..nanti ada projek, kami panggil lagi.Jutaan terima kasih kepada encik Fauzi dan encik Ahmad ( abang Dollah ) atas sumbangan anda.

06 November 2009

Kraftangan Vs Keras Tangan - RIMUP 2009 - Jumaat, 6 November 2009

RIMUP - SJKC Hwa Lian , Banir dan juga SK Banir telah diadakan pada 5 November 2009 bertempat di SJKC Hwa Lian, Banir. Acara membuat kraftangan adalah agenda utama program. Program berjalan lancar dan berjaya. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Majlis perasmian oleh guru besar SJKC Hwa Lian dan juga penyampaian hadiah kepada semua murid.

Murid sedang melakukan aktiviti membuat corak kraf. Murid-murid dibimbing oleh guru-guru dari kedua-dua buah sekolah.

Anda kenal mereka berdua? siapa tahu..SK Banir dan SJKC Hwa Lian ada murid yang mempunyai wajah seiras..hampir-hampir leer kate kor...

Hari KoKurikulum SK Banir..Hebat! Jumaat, 6 November 2009

Antara aksi murid dan guru semasa aktiviti dijalankan. Program berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.


01 November 2009

Hari Kokurikulum SK Banir 2009 - Isnin, 2 November 2009

* gambar sekadar hiasan

Hari Kokurikulum akan diadakan pada 4 November 2009 ini. Aktiviti ini akan disertai oleh semua murid tahap 2 SK Banir termasuk juga murid tahun 3. Semoga aktiviti ini akan berjaya dan berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua guru yang terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.