11 January 2010

Setenang Air D' Kolam - Rabu, 13 Januari 2010


Suasana nyaman dengan desiran angin dan titisan kecil pancutan air terjun memukau pandangan dan melahirkan satu suasana yang begitu tenang ketika berada di taman SK Banir. Sebuah kolah yang begitu indah lanskapnya telah dibina oleh warga SK Banir bagi menampakkan lagi suasana damai dan harmoninya berada di SK Banir. Tahniah kepada kontraktor-kontraktor (En Mohd Fauzi, Abang Dollah,dan ramai lagilah yang tak disebutkan di sini) yang membina taman kolam ini dengan begitu sempurna sekali.

Kepada guru-guru dan warga SK Banir yang ingin menyumbangkan ikan hiasan, bolehlah berbuat sedemikian kerana jumlah ikan yang terdapat di kolam ini masih lagi sedikit.

Kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha dalam menyiapkan taman dan kolam ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua.

Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2010 - Selasa, 12 Januari 2010


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010 telah diadakan pada hari Isnin, 11 Januari 2010. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Lans Kopral Rohim yang mewakili Sarjan Mejar, Rozali bin Abdullah, Ketua Balai, Balai Polis Air Kuning. Semoga pengawas -pengawas yang dilantik akan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan ini dengan penuh dedikasi.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik sebagai pengawas dan juga pengawas pusat sumber sekolah sesi 2010 ini. Selamat menjalankan tugas.

.::Unit HEM SKB2010::.

Back 2 School... Rabu, 6 Januari 2010


Alhamdulillah..jutaan kesyukuran dan pujian dipanjatkan hanya kehadrat Allah yang Maha Esa. Hari pertama sesi persekolahan 2010 pada 4 Januari 2010 yang lalu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah manakala pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan begitu sempurna. Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid serta guru-guru dan semua warga SK Banir. Semoga tahun 2010 ini membawa 1001 makna dan kejayaan kepada kita semua. Selamat Maju Jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.