19 December 2009

Kembali ke sekolah - Ahad, 20 Disember 2009

Penggal persekolahan sesi 2010 akan bermula lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Ibu bapa mungkin telah pun membuat persiapan awal bagi memulakan sesi persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan. Adalah diharapkan, 2010 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di SK Banir.

Pertambahan bilangan murid dan juga pencapaian cemerlang dalam setiap peperiksaan adalah harapan dan impian semua warga SK Banir. Biarpun masih tinggal 15 hari lagi untuk memulakan sesi persekolahan 2010, ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid SK Banir dan selamat datang kepada murid-murid-murid tahun satu nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.