01 April 2014

Program Motivasi

Pada hari Isnin, 31.3.2014 telah diadakan Program Motivasi Tahap 2 yang melibatkan murid dan ibu bapa. Pihak sekolah telah menjemput En.Isa b.Mohamad dari MARA untuk menyampaikan ceramah motivasi. Intipati Program ini adalah untuk memberikan motivasi bukan sahaja untuk pelajar tetap[i juga kepada ibu bapa iaitu kesedaran betapa penting penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Kecemerlangan anak-anak adalah kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa sebagai tulang belakang kejayaan anak-anak mereka.

Apa yang telah En.Isa sampaikan adalah satu perkongsian ilmu yang sungguh bernilai dan diharapkan akan memberikan kesan kepada ibu bapa, guru-guru dan anak-anak didik S.K.Banir.

aba0003skbanir's Motivasi album on Photobucket

Program Penutur Jati

S.K.Banir telah terpilih dalam Program Penutur Jati 2014. Semua guru Bahasa Inggeris terlibat sama untuk meningkatkan PdP di dalam kelas serta meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris. Mentor kepada guru-guru Bahasa Inggeris di S.K.Banir ialah Cik Vina. DI SINI ada serba sedikidt tentang Program Penutur Jati KPM.


Cik Vina bersama Cikgu Chuan

Pemantauan Bimbingan PPD

Pada hari Selasa 11.3.2014 yang lalu, Tuan Hj.Wazir b.Mustafa ( Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang ) dan pegawai-pegawai yang lain telah membuat kunjungan ke S.K.Banir. Ini adalah merupakan Pemantauan Bimbingan dari pihak PPD sebagai melihat proses dan kelancaran PdP dalam kelas. Tentang dasar-dasar kerajaan dalam pendidikan. Kelas UPSR juga diberikan penekanan serta pengurusan sekolah. Pihak sekolah engucapkan terima kasih di atas bimbingan yang diberikan.





05 March 2014

Aktiviti Ko Kurikulum bersama JPAM

Terus ke Youtube untuk paparan yang lebih jelas.





aba0003skbanir's Ko Kurikulum album on Photobucket

27 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

Mesyuarat Agung kali yang ke 14 telah berjalan dengan sempurna pada hari Khamis 27.2.2014. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Tn.Hj.Safri. b.Mohd Salih. Kesemua AJK PIBG 2013 dikekalkan dengan suara majoriti. Setiausaha masih lagi Pn.Hamidah bt.Mohd Arsat dan bendahari diambil alih oleh Pn.Noor Asmah bt.Ismail.

Di majlis ini juga, penyerahan mentor mentee Tahun 6 ( anak - ibu/ayah angkat ) kepada guru-guru telah diadakan. Bermula dengan ikrar akur janji murid Tahun 6 untuk memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR nanti.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah untuk ibu bapa dan guru. Harapan pihak sekolah, agar kerjasama yang erat dapat diwujudkan antara sekolah dan ibu bapa pelajar.

aba0003skbanir's MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 album on Photobucket

Guru bertukar ke SK.Banir

SK.Banir telah menerima dua orang guru yang baru bertukar untuk bertugas di sini. Puan Hasnizula bt.Yusoff ( Guru Pendidikan Agama Islam ) dan Puan Noor Asmah bt.Ismail ( Guru Bahasa Inggeris ). Tidak terlambat untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas. Semoga segala pengalaman cikgu dapat menjadi tunjuk ajar kepada kami di sini.


16 February 2014

Datang dan pergi

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Asyraf yang telah menggantikan Pn.Nor Amirah kerana cuti bersalin. Sepanjang sebulan lebih Cikgu Asyraf telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama kepada guru-guru S.K.Banir. Beliau juga mempunyai potensi untuk menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa dengan kesungguhan dan bakti yang telah diberikan. Semoga Cikgu Asyraf akan mendapat kejayaan yang cemerlang dimasa hadapan.

S.K.Banir juga mengalu-alukan kedatangan Puan Nor asma yang bertukar dari S.K.Batu 14 ke S.K.Banir untuk bersama kami mendidik murid-murid di sini.



15 February 2014

UPSR 2013

Pada UPSR 2013 yang lepas, S.K.Banir telah berjaya menghasilkan seorang murid yang mendapat keputusan 5A. Beliau ialah Azhar Sani yang merupakan salah seorang calon harapan sekolah untuk mendapat keputusan 5A. En Abdul Razak dari PPD Batang Padang merangkap penghulu SK Banir telah turut sama menyampaikan sumbangan kepada murid-murid Tahun 6. Tahniah dan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dengan kejayaan ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.