08 September 2013

Kembara Merdeka 2013

Acara Kembara Merdeka telah berjaya dilaksanakan dengan suasana meriah dan selamat. Acara dirasmikan oleh Encik.Abdul Razak b.Salleh - Penyelaras Kokurikulum PPD. Bermula dengan doa, nyanyian  lagu Hari Kebangsaan, ucapan-ucapan dan Pertandingan Basikal Berhias,murid-murid seterusnya memulakan kayuhan Kembara Merdeka dengan diringi oleh Cikgu Shah (PK HEM), guru-guru dan anggota polis. Laluan berbasikal sekitar kawasan kampung dan PPRT. Murid-murid seterusnya menyaksikan tayangan video tentang Hari Kemerdekaan.

Zulhilmi ( Tahun 6 ) telah memenangi tempat pertama Pertandingan Basikal Berhias. Tempat kedua, Afiqah ( Tahun 5 ) dan tempat ketiga Ain ( Tahun 4 ). Kepada murid-murid yang lain, boleh mencuba lagi di lain kali. Tahniah kepada semua murid dengan semangat yang bersungguh-sungguh.

aba0003skbanir's Kembara Merdeka album on Photobucket

06 September 2013

Jamuan Hari Raya SK Banir

Suasana Jamuan Hari Raya sekolah yang telah berlangsung pada hari Isnin 26.8.2013. Majlis juga turut sama diraikan oleh mantan Guru Besar SK.Banir iaitu Encik Hassan b.Abidin. Selain dari menjamu selera juadah yang dibawa oleh murid dan guru, persembahan murid juga menyerikan lagi jamuan Hari Raya SK.Banir.
aba0003skbanir's Hari Raya 2013 album on Photobucket

18 July 2013

Warga SK.Banir 2013

Pentadbir, guru-guru serta staf SK.Banir untuk tahun 2013.
aba0003skbanir's STAF album on Photobucket

13 July 2013

Blog SK Banir Berwajah Baru


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad bin Mat Yis yang pernah bertugas di SK.Banir sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid. Blog SK.Banir ini pada asalnya telah dibangunkan oleh beliau dan menyelengarakannya sehingga tahun 2011. Kini, beliau bertugas di SK.Ayer Kuning setelah berbakti lama di SK.Banir. Blog Ustaz Mohamad -  inspirasisanubari.blogspot.com

Dengan pengurusan sekolah yang baru, blog SK.Banir diaktifkan kembali dengan sedikit perubahan. Blog ini masih lagi dalam proses kemaskini. Diharapkan dengan bantuan dan sokongan warga SK.Banir akan memeriahkan lagi blog sekolah ini..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.