10 May 2010

Selamat Hari Guru - Selasa, 11 Mei 2010

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidikan di seluruh negara.

29 April 2010

Pembinaan Kelas kabin Fasa 3 - Jumaat, 30 April 2010


Pada keseluruhannya, projek pembinaan kelas kabin di SK Banir telah mencapai fasa 3. Pembinaan bangunan telah siap sepenuhnya. Proses pendawaian elektrik, perabot dan juga kelengkapan kelas sahaja yang masih dalam proses.

Tahniah kepada kontraktor yang terlibat.

28 April 2010

Latihan Asas Kebakaran (Persatuan Pengakap) - Rabu, 28 April 2010

Taklimat awal tentang pencegahan kebakaran oleh Encik Mohd Shah bin Md Nor.

Tunjuk cara memadam kebakaran

Murid mencuba menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan api

13 April 2010

Anti Dadah - Rabu, 14 April 2010

Gambar sekitar pemeran Anti Dadah ( Guru )


Gambar sekitar pameran Anti Dadah ( Murid )


Program Ceramah Anti Dadah dan Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah.


Sesi Ceramah dan Acara Pelancaran Program.


Aktiviti : Kuiz Anti Dadah ( Tahap 2 ) dan Mewarna ( Tahap 1 )


Gimik Pelancaran oleh murid dan lain-lain.

11 April 2010

88 Tahun - Isnin, 12 April 2010

Tahniah kepada SK Banir kerana telah teguh berdiri sehingga ke hari ini. Telah 88 tahun berlalu sejak ia mula dibuka pada 1922 dan telah melahirkan ramai cerdik pandai yang membanggakan warga SK Banir dan juga penduduk Banir seluruhnya.

Tahun ini genap 88 tahun SK Banir megah berdiri dan masih lagi utuh dan selamat digunakan. Kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Esa kerana tahun ini juga, SK Banir telah mendapat peruntukan istimewa dari kerajaan dengan pembinaan kelas 'Kabin" yang bakal siap tidak lama lagi untuk menampung jumlah murid yang bakal bertambah dengan kemasukan murid-murid daripada projek PPR yang telah siap sepenuhnya.

Selamat maju jaya buat semua warga SK Banir.

Pebinaan Kelas - Fasa 2 - Isnin, 12 April 2010



04 April 2010

Pembinaa Kelas Kabin Bermula - Isnin, 5 April 2010

Pembinaan tapak bagi meletakkan kelas kabin sedang giat dijalankan. Kabin ini akan menempatkan dua buah kelas dengan kapasiti setiap satunya ialah seramai 30 orang murid. Projek ini akan mengambil masa selama 2 minggu. Diharapkan dengan siapnya kabin ini, mampu mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di SK Banir.

Terima kasih kepada pihak kementerian dan jabatan yang menyediakan kelas ini bagi kemudahan murid-murid di SK Banir yang dijangkan jumlah muridnya akan bertambah menjelang Mac ini dengan pembukaan 20 unit lagi rumah PPR di Banir ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat daripada semua warga SK Banir.

27 March 2010

Motivasi & Akujanji - Sabtu, 27 Mac 2010


Program "Menyusuri Sinar Menggapai Bintang" Motivasi Murid & Ibu bapa telah di adakan pada hari ini (9.00 - 12.00 tengahari) dan sambutan begitu menggalakkan daripada semua ibubapa murid-murid tahap 2 dan juga murid-murid. Turut serta dalam program motivasi ini ialah beberapa orang murid dari SK Batu Masjid.

Penceramah bagi motivasi ini ialah Encik Aziz bin Jamaluddin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Kurau. Ceramah yang disampaikan begitu menarik dan menyeronokkan serta membangkitkan semangat murid-murid yang mengikuti program motivasi ini untuk berusaha dan berjaya dalam kehidupan serta peperiksaan UPSR yang akan datang.

Majlis ini juga turut diselitkan dengan satu majlis Akujanji 5A UPSR di antara murid-murid tahun enam dengan ibu bapa serta mentor dan kemudiannya diserahkan surat akujanji ini kepada guru besar SK Banir, Encik Saidi bin Daman.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


*Acara Akujanji dijalankan

Program Akujanji diadakan bertujuan untuk melahirkan rasa kesedaran dan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dengan murid-murid tahun 6 tentang pentingnya masa depan mereka dan ianya diukur dengan penilaian awal melalui peperiksaan UPSR. Akujanji ini adalah perjanjian bertulis bagi melahirkan kesedaran murid akan tangggungjawab mereka kepada ibu bapa dan juga guru-guru ( sekolah ).

24 March 2010

Menyusuri Sinar Menggapai Bintang - Khamis, 25 Mac 2010


Program Motivasi Murid & Ibu Bapa akan di adakan pada 27 Mac 2010 ini. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada ibu bapa dan juga murid-murid tentang pentingnya kejayaan mereka di dalam peperiksaan UPSR dan pentingnya ilmu pengetahuan di dalam kehidupan seharian.

Program ini telah dirancang dengan begitu rapi bagi memastikan objektif utama program tercapai dan bakal merubah satu demensi baru meningkatkan prestasi akademik murid-murid SK Banir dengan menekankan kepada penyertaan ibu bapa bagi memastikan kejayaan anak-anak mereka.

Satu majlis "Taklik" akan diadakah sejurus selepas program motivasi yang akan disampaikan oleh Encik Aziz bin Jamaluddin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Kurau. Murid akan melafazkan ikrar/janji seperti yang telah dirancangkan.

Semoga kedua-dua program ini akan berjalan dengan lancar dan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Akhir...tamat jua penantian kami! - Khamis,25 Mac 2010

Alhamdulillah..akhirnya gelanggang badminton di SK Banir telah siap sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan pembinaan gelanggang ini dari awal sampailah siap sepenuhnya kini.

Jutaan terima kasih dari pihak sekolah kepada En. Fauzi, En. Ahmad (Abg Dollah), En. Nordin, En. Sapuan, En. Amri, Kak Lela, Kak Num, Kak Yan,..dan tak lupa juga kepada sponser mencheer, kontraktor Zailani yang juga bekas murid SK banir serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Perpisahan jua pintamu.. Khamis, 25 Mac 2010

Rabu, kelab guru dan staf SK Banir telah mengadakan satu majlis perpisahan khas buat saudara Zairil Nizam( Nizam ) yang telah menamatkan perkhidmatan beliau di SK Banir. baru-baru ini Bagi mengenang jasa-jasa beliau, maka majlis ini diadakan dan ianya di jalankan secara ala kadar sahaja. Pun begitu kemeriahannya tetap ada dengan kelak tawa yang diraikan serta rakan-rakan ahli kelab. Terima kasih kepada saudara Nizam kerana dapat hadir dan terima kasih juga kepada semua ahli kelab yang hadir.

s/u kelab.

08 March 2010

Akan Datang!! Buletin Online - Selasa, 9 Mac 2010

Mulai April 2010 ini, semua warga SK Banir boleh membaca Buletin SK Banir ini secara online. Semoga usaha yang kecil ini dapat memberikan manfaat dan input kepada semua warga SK Banir dan juga ibu bapa tentang apa yang berlaku di SK Banir secara online.

Unit Media dan ICT SK Banir

"Juara Sekolah" - Selasa, 9 Mac 2010

*gambar menunjukkan proses pembinaan gelanggang giat dijalankan

Pembinaan gelanggang badminton sedang rancak berjalan. Pihak sekolah telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada encik fauzi dan juga abang Dollah serta dibantu oleh pengawal keselamatan yang turut sama membantu menyiapkan gelanggang ini.

Sesungguhnya jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Cadangan pembinaan gelanggang ini bertujuan untuk mengadakan satu tapak kekal gelanggang badminton bagi membolehkan murid-murid membuat latihan dan sebagainya di gelanggang tersebut.

Sekalung tahniah buat semua yang menjayakan pembinaan gelanggang badminton ini.

Ujian Selaras 1 - Selasa, 9 Mac 2010

Selamat menduduki peperiksaan Ujian Selaras 1 kepada semua murid SK Banir dan juga semua murid di Malaysia yang menduduki peperiksaan ini. Semoga anda semua telah bersedia dan bakal mencapai keputusan yang cemerlang. Kejayaan anda adalah kejayaan guru-guru. Jadi..buktikanlah yang anda mampu mencapai kejayaan itu.


01 March 2010

Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010 - Isnin, 1 Mac 2010


SK Banir telah mengadakan satu program iaitu "Program teknik menjawab soalan" kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini dijalankan selama 4 hari bermula pada 1 Mac hinggalah 4 Mac 2010.

Turut sama dalam program ini ialah murid-murid dari SK Batu Masjid dan juga murid dari SK Ayer Kuning dan ACS Kampar.

Adalah diharapkan program ini dapat membantu murid-murid membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR September ini.


Kepada semua murid yang mengikuti program ini, selamat maju jaya dan semoga anda semua beroleh kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Memantapkan Uhkuwah Memperkasa Ummah - Jumaat, 26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul....


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari yang lalu. Sesi ceramah dan juga kuiz maulidur rasul adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh negara dan hayatilah serta contohilah junjungan besar nabi Muhammad SAW sebagai idola yang paling ideal di alam maya ini.

27 February 2010

Happy Birthday To You.. Isnin, 22 Februari 2010


Kelab guru dan staf telah mengadakan sambutan hari lahir untuk ahli-ahli kelab pada minggu lepas dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh guru kanan pentadbiran, Encik Rafizal bin Shamsuddin mewakili pengerusi Kelab Guru dan Staf, Pn Zakidah yang tidak dapat hadir kerana menjalani pembedahan di hospital.

Mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari ini ialah Encik Mohd Shah, Pn Noraziah, Pn Salwa dan juga encik jaga (lupa nama laa). Semoga anda semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.

11 February 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke 5 2010 - Khamis, 11 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke-5 telah diadakan pada hari ini, 11 Februari 2010. Mesyuarat ini telah disempurnakan perasmiannya oleh encik Adzhar bin Mokhtar, Pegawai JASA DUN Ayer Kuning yang juga mantan Bendahari UMNO cawangan Tapah. Majlis berjalan lancar walaupun kehadiran ibubapa sedikit berkurangan namun mesyuarat tetap dijalankan dan membahaskan usul-usul yang diterima.

Ahli Jawatankuasa yang baru pada tahun ini terdiri daripada, Pn Ayuzana bt Mohd Jali (Yang Dipertua PIBG), Encik Mohd Sapuan bin Sahudah ( Naib Yang Dipertua PIBG), Pn Hasidah bt Mohd Arsat ( Setiausaha), Pn Zakidah bt Hj Abdullah ( Bendahari).

AJK guru pula ialah Pn Noraziah dan juga Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi. Manakala AJK ibubapa pula ialah Pn Hamiah dan juga Pn Noraini. Juru Audit Dalaman, Encik Mohd Shah bin Md Nor (Guru) dan Pn Yanti ( Ibubapa).

Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang dipilih. Bagi yang dikekalkan jawatan, teruskan usaha anda yang cemerlang dan bagi yang baru dilantik, tahniah dan selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan itu.

Terima kasih kepada semua guru dan juga ibubapa yang hadir pada mesyuarat agung PIBG kali ke lima ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada perasmi, encik Adzhar bin Mokhtar yang sudi hadir ke majlis ini.

04 February 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SK Banir 2010 Meriah dan ... - Khamis,4 Feb 2010


Sekitar latihan akhir sebelum acara sukan bermula. Persiapan khemah dan juga raptai penuh dijalankan.

Perbarisan lintas hormat. Murid menggayakan tema-tema mengikut kreativiti guru-guru rumah sukan. Bagi kategori rumah tercantik serta kawad kaki terbaik, rumah merah telah menjuarai ketegori ini. Tahniah buat rumah merah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh encik Isham bin Shaharuddin, Pengarah urusan Araz Interprise. Namun SK Banir juga menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka, YB Datuk Shamsuddin, ADUN Air Kuning. Beliau mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan kepada semua tetamu yang hadir ke Majlis Kejohanan Sukan Tahunan SK Banir ini. Terima kasih kepada perasmi, encik Isham dan juga YB Datuk Shamsuddin yang sudi hadir ke majlis kami.

Hanya 12 acara sahaja dipertandingkan pada kejohanan ini. Murid menunjukkan semangat yang kuat serta kerjasama berpasukan bagi semua acara. Keputusan keseluruhan dimenangi oleh rumah BIRU, dan ini merupakan tahun ke dua rumah biru menjuarai keseluruhan acara. Tahniah kepada semua murid dan juga guru-guru rumah sukan.

Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya sukan pada kali ini. Buat semua dermawan, jutaan terima kasih kerana sudi membantu SK Banir bagi menjayakan kejohanan sukan tahunan ini. Tidak lupa juga kepada perasmi, encik Isham dan juga YB Datuk Shamsuddin yang sudi hadir ke SK Banir.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

02 February 2010

Latihan untuk Sukan Tahunan 2010 - Selasa, 3 Februari 2010


Latihan Sukan Tahunan SK Banir 2010.

Walaupun cuaca agak panas dan adakalanya hujan, namun murid-murid dan guru tetap meneruskan latihan untuk sukan tahunan dengan begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Setiap rumah sukan telahpun membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi acara sukan sebenarnya pada 4 Februari 2010 ini. Pada tahun ini, acara sukan akan diadakan di padang baru yang telah dibersihkan dan kawasan padang bagitu sesuai bagi acara sukan pada kali ini.

Acara sukan tahunan ini akan diadakan secara terbuka atas permintaan PIBG. Sehubungan dengan itu, apa jua sumbangan dan bantuan yang ingin disalurkan kepada pihak sekolah, bolehlah berbuat demikian. Bersama kita menjayakan acara sukan tahunan pada kali ini.

Majulah sukan untuk kesihatan kita..

Come 2 School Challenge 2010


Bagi mengatasi masalah ponteng dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, Unit HEM SK Banir dengan kerjasama semua guru telah melancarkan satu program "Come To School Challenge" bermula 1 Feebruari 2010 sehingga 31 Oktober 2010.

Program adalah rentetan daripada program 'Star Search' yang telah dijalankan pada tahun lepas yang menunjukkan kejayaan yang diluar jangkaan apabila ianya mampu menarik minat murid yang selalu ponteng untuk hadir ke sekolah disebabkan ganjaran yang ditawarkan.

Pelancaran rasmi akan diadakan pada 8 Februari 2010 ini oleh Guru Besar SK banir, encik Saidi bin Daman. Adalah diharap program ini juga mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

11 January 2010

Setenang Air D' Kolam - Rabu, 13 Januari 2010


Suasana nyaman dengan desiran angin dan titisan kecil pancutan air terjun memukau pandangan dan melahirkan satu suasana yang begitu tenang ketika berada di taman SK Banir. Sebuah kolah yang begitu indah lanskapnya telah dibina oleh warga SK Banir bagi menampakkan lagi suasana damai dan harmoninya berada di SK Banir. Tahniah kepada kontraktor-kontraktor (En Mohd Fauzi, Abang Dollah,dan ramai lagilah yang tak disebutkan di sini) yang membina taman kolam ini dengan begitu sempurna sekali.

Kepada guru-guru dan warga SK Banir yang ingin menyumbangkan ikan hiasan, bolehlah berbuat sedemikian kerana jumlah ikan yang terdapat di kolam ini masih lagi sedikit.

Kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha dalam menyiapkan taman dan kolam ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua.

Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2010 - Selasa, 12 Januari 2010


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010 telah diadakan pada hari Isnin, 11 Januari 2010. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Lans Kopral Rohim yang mewakili Sarjan Mejar, Rozali bin Abdullah, Ketua Balai, Balai Polis Air Kuning. Semoga pengawas -pengawas yang dilantik akan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan ini dengan penuh dedikasi.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik sebagai pengawas dan juga pengawas pusat sumber sekolah sesi 2010 ini. Selamat menjalankan tugas.

.::Unit HEM SKB2010::.

Back 2 School... Rabu, 6 Januari 2010


Alhamdulillah..jutaan kesyukuran dan pujian dipanjatkan hanya kehadrat Allah yang Maha Esa. Hari pertama sesi persekolahan 2010 pada 4 Januari 2010 yang lalu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah manakala pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan begitu sempurna. Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid serta guru-guru dan semua warga SK Banir. Semoga tahun 2010 ini membawa 1001 makna dan kejayaan kepada kita semua. Selamat Maju Jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.