27 February 2010

Happy Birthday To You.. Isnin, 22 Februari 2010


Kelab guru dan staf telah mengadakan sambutan hari lahir untuk ahli-ahli kelab pada minggu lepas dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh guru kanan pentadbiran, Encik Rafizal bin Shamsuddin mewakili pengerusi Kelab Guru dan Staf, Pn Zakidah yang tidak dapat hadir kerana menjalani pembedahan di hospital.

Mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari ini ialah Encik Mohd Shah, Pn Noraziah, Pn Salwa dan juga encik jaga (lupa nama laa). Semoga anda semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.

11 February 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke 5 2010 - Khamis, 11 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke-5 telah diadakan pada hari ini, 11 Februari 2010. Mesyuarat ini telah disempurnakan perasmiannya oleh encik Adzhar bin Mokhtar, Pegawai JASA DUN Ayer Kuning yang juga mantan Bendahari UMNO cawangan Tapah. Majlis berjalan lancar walaupun kehadiran ibubapa sedikit berkurangan namun mesyuarat tetap dijalankan dan membahaskan usul-usul yang diterima.

Ahli Jawatankuasa yang baru pada tahun ini terdiri daripada, Pn Ayuzana bt Mohd Jali (Yang Dipertua PIBG), Encik Mohd Sapuan bin Sahudah ( Naib Yang Dipertua PIBG), Pn Hasidah bt Mohd Arsat ( Setiausaha), Pn Zakidah bt Hj Abdullah ( Bendahari).

AJK guru pula ialah Pn Noraziah dan juga Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi. Manakala AJK ibubapa pula ialah Pn Hamiah dan juga Pn Noraini. Juru Audit Dalaman, Encik Mohd Shah bin Md Nor (Guru) dan Pn Yanti ( Ibubapa).

Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang dipilih. Bagi yang dikekalkan jawatan, teruskan usaha anda yang cemerlang dan bagi yang baru dilantik, tahniah dan selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan itu.

Terima kasih kepada semua guru dan juga ibubapa yang hadir pada mesyuarat agung PIBG kali ke lima ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada perasmi, encik Adzhar bin Mokhtar yang sudi hadir ke majlis ini.

04 February 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SK Banir 2010 Meriah dan ... - Khamis,4 Feb 2010


Sekitar latihan akhir sebelum acara sukan bermula. Persiapan khemah dan juga raptai penuh dijalankan.

Perbarisan lintas hormat. Murid menggayakan tema-tema mengikut kreativiti guru-guru rumah sukan. Bagi kategori rumah tercantik serta kawad kaki terbaik, rumah merah telah menjuarai ketegori ini. Tahniah buat rumah merah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh encik Isham bin Shaharuddin, Pengarah urusan Araz Interprise. Namun SK Banir juga menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka, YB Datuk Shamsuddin, ADUN Air Kuning. Beliau mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan kepada semua tetamu yang hadir ke Majlis Kejohanan Sukan Tahunan SK Banir ini. Terima kasih kepada perasmi, encik Isham dan juga YB Datuk Shamsuddin yang sudi hadir ke majlis kami.

Hanya 12 acara sahaja dipertandingkan pada kejohanan ini. Murid menunjukkan semangat yang kuat serta kerjasama berpasukan bagi semua acara. Keputusan keseluruhan dimenangi oleh rumah BIRU, dan ini merupakan tahun ke dua rumah biru menjuarai keseluruhan acara. Tahniah kepada semua murid dan juga guru-guru rumah sukan.

Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya sukan pada kali ini. Buat semua dermawan, jutaan terima kasih kerana sudi membantu SK Banir bagi menjayakan kejohanan sukan tahunan ini. Tidak lupa juga kepada perasmi, encik Isham dan juga YB Datuk Shamsuddin yang sudi hadir ke SK Banir.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

02 February 2010

Latihan untuk Sukan Tahunan 2010 - Selasa, 3 Februari 2010


Latihan Sukan Tahunan SK Banir 2010.

Walaupun cuaca agak panas dan adakalanya hujan, namun murid-murid dan guru tetap meneruskan latihan untuk sukan tahunan dengan begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Setiap rumah sukan telahpun membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi acara sukan sebenarnya pada 4 Februari 2010 ini. Pada tahun ini, acara sukan akan diadakan di padang baru yang telah dibersihkan dan kawasan padang bagitu sesuai bagi acara sukan pada kali ini.

Acara sukan tahunan ini akan diadakan secara terbuka atas permintaan PIBG. Sehubungan dengan itu, apa jua sumbangan dan bantuan yang ingin disalurkan kepada pihak sekolah, bolehlah berbuat demikian. Bersama kita menjayakan acara sukan tahunan pada kali ini.

Majulah sukan untuk kesihatan kita..

Come 2 School Challenge 2010


Bagi mengatasi masalah ponteng dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, Unit HEM SK Banir dengan kerjasama semua guru telah melancarkan satu program "Come To School Challenge" bermula 1 Feebruari 2010 sehingga 31 Oktober 2010.

Program adalah rentetan daripada program 'Star Search' yang telah dijalankan pada tahun lepas yang menunjukkan kejayaan yang diluar jangkaan apabila ianya mampu menarik minat murid yang selalu ponteng untuk hadir ke sekolah disebabkan ganjaran yang ditawarkan.

Pelancaran rasmi akan diadakan pada 8 Februari 2010 ini oleh Guru Besar SK banir, encik Saidi bin Daman. Adalah diharap program ini juga mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.