27 March 2010

Motivasi & Akujanji - Sabtu, 27 Mac 2010


Program "Menyusuri Sinar Menggapai Bintang" Motivasi Murid & Ibu bapa telah di adakan pada hari ini (9.00 - 12.00 tengahari) dan sambutan begitu menggalakkan daripada semua ibubapa murid-murid tahap 2 dan juga murid-murid. Turut serta dalam program motivasi ini ialah beberapa orang murid dari SK Batu Masjid.

Penceramah bagi motivasi ini ialah Encik Aziz bin Jamaluddin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Kurau. Ceramah yang disampaikan begitu menarik dan menyeronokkan serta membangkitkan semangat murid-murid yang mengikuti program motivasi ini untuk berusaha dan berjaya dalam kehidupan serta peperiksaan UPSR yang akan datang.

Majlis ini juga turut diselitkan dengan satu majlis Akujanji 5A UPSR di antara murid-murid tahun enam dengan ibu bapa serta mentor dan kemudiannya diserahkan surat akujanji ini kepada guru besar SK Banir, Encik Saidi bin Daman.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


*Acara Akujanji dijalankan

Program Akujanji diadakan bertujuan untuk melahirkan rasa kesedaran dan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dengan murid-murid tahun 6 tentang pentingnya masa depan mereka dan ianya diukur dengan penilaian awal melalui peperiksaan UPSR. Akujanji ini adalah perjanjian bertulis bagi melahirkan kesedaran murid akan tangggungjawab mereka kepada ibu bapa dan juga guru-guru ( sekolah ).

24 March 2010

Menyusuri Sinar Menggapai Bintang - Khamis, 25 Mac 2010


Program Motivasi Murid & Ibu Bapa akan di adakan pada 27 Mac 2010 ini. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada ibu bapa dan juga murid-murid tentang pentingnya kejayaan mereka di dalam peperiksaan UPSR dan pentingnya ilmu pengetahuan di dalam kehidupan seharian.

Program ini telah dirancang dengan begitu rapi bagi memastikan objektif utama program tercapai dan bakal merubah satu demensi baru meningkatkan prestasi akademik murid-murid SK Banir dengan menekankan kepada penyertaan ibu bapa bagi memastikan kejayaan anak-anak mereka.

Satu majlis "Taklik" akan diadakah sejurus selepas program motivasi yang akan disampaikan oleh Encik Aziz bin Jamaluddin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Kurau. Murid akan melafazkan ikrar/janji seperti yang telah dirancangkan.

Semoga kedua-dua program ini akan berjalan dengan lancar dan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Akhir...tamat jua penantian kami! - Khamis,25 Mac 2010

Alhamdulillah..akhirnya gelanggang badminton di SK Banir telah siap sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan pembinaan gelanggang ini dari awal sampailah siap sepenuhnya kini.

Jutaan terima kasih dari pihak sekolah kepada En. Fauzi, En. Ahmad (Abg Dollah), En. Nordin, En. Sapuan, En. Amri, Kak Lela, Kak Num, Kak Yan,..dan tak lupa juga kepada sponser mencheer, kontraktor Zailani yang juga bekas murid SK banir serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Perpisahan jua pintamu.. Khamis, 25 Mac 2010

Rabu, kelab guru dan staf SK Banir telah mengadakan satu majlis perpisahan khas buat saudara Zairil Nizam( Nizam ) yang telah menamatkan perkhidmatan beliau di SK Banir. baru-baru ini Bagi mengenang jasa-jasa beliau, maka majlis ini diadakan dan ianya di jalankan secara ala kadar sahaja. Pun begitu kemeriahannya tetap ada dengan kelak tawa yang diraikan serta rakan-rakan ahli kelab. Terima kasih kepada saudara Nizam kerana dapat hadir dan terima kasih juga kepada semua ahli kelab yang hadir.

s/u kelab.

08 March 2010

Akan Datang!! Buletin Online - Selasa, 9 Mac 2010

Mulai April 2010 ini, semua warga SK Banir boleh membaca Buletin SK Banir ini secara online. Semoga usaha yang kecil ini dapat memberikan manfaat dan input kepada semua warga SK Banir dan juga ibu bapa tentang apa yang berlaku di SK Banir secara online.

Unit Media dan ICT SK Banir

"Juara Sekolah" - Selasa, 9 Mac 2010

*gambar menunjukkan proses pembinaan gelanggang giat dijalankan

Pembinaan gelanggang badminton sedang rancak berjalan. Pihak sekolah telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada encik fauzi dan juga abang Dollah serta dibantu oleh pengawal keselamatan yang turut sama membantu menyiapkan gelanggang ini.

Sesungguhnya jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Cadangan pembinaan gelanggang ini bertujuan untuk mengadakan satu tapak kekal gelanggang badminton bagi membolehkan murid-murid membuat latihan dan sebagainya di gelanggang tersebut.

Sekalung tahniah buat semua yang menjayakan pembinaan gelanggang badminton ini.

Ujian Selaras 1 - Selasa, 9 Mac 2010

Selamat menduduki peperiksaan Ujian Selaras 1 kepada semua murid SK Banir dan juga semua murid di Malaysia yang menduduki peperiksaan ini. Semoga anda semua telah bersedia dan bakal mencapai keputusan yang cemerlang. Kejayaan anda adalah kejayaan guru-guru. Jadi..buktikanlah yang anda mampu mencapai kejayaan itu.


01 March 2010

Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010 - Isnin, 1 Mac 2010


SK Banir telah mengadakan satu program iaitu "Program teknik menjawab soalan" kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini dijalankan selama 4 hari bermula pada 1 Mac hinggalah 4 Mac 2010.

Turut sama dalam program ini ialah murid-murid dari SK Batu Masjid dan juga murid dari SK Ayer Kuning dan ACS Kampar.

Adalah diharapkan program ini dapat membantu murid-murid membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR September ini.


Kepada semua murid yang mengikuti program ini, selamat maju jaya dan semoga anda semua beroleh kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Memantapkan Uhkuwah Memperkasa Ummah - Jumaat, 26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul....


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari yang lalu. Sesi ceramah dan juga kuiz maulidur rasul adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh negara dan hayatilah serta contohilah junjungan besar nabi Muhammad SAW sebagai idola yang paling ideal di alam maya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.