31 March 2011

Bertemu dan Berpisah - Jumaat, 1 April 2011

Majlis Perpisahan Puan Zainab binti Zakaria telah diadakan pada 1 April 2011. Terima kasih kepada cikgu Nab kerana menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Jasamu dikenang. Jika berpeluang, pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kedatangan Nab ke SK Banir bila-bila masa sahaja.

Terima kasih dari kami semua.

Mesyuarat Agung PIBG 2011 - Jumaat,1 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 telah dijalankan pada 31 Mac 2011 ( semalam ) dan berjalan dengan lancar. Satu jawatankuasa yang baru telah dilantik iaitu:

AJK PIBG sesi 2011/2012

YDP
En Mohd Sapuan bin Sahudah

NYDP
Puan Noryanti binti Shaharuddin

SETIAUSAHA

.......................

BENDAHARI
Puan Chuan Yee Hwa

AJK

GURU
Puan Zhariah bt Adnan
Cik Khairunnisa bt Aminuddin

IBU BAPA
Encik Hairuddin
Puan Suzana


29 March 2011

Kem Bestari SOLAT Fasa 1 SK Banir 2011 - Rabu, 30 Mac 2011

Pada 2 April 2011 ini( Sabtu), SK Banir akan mengadakan satu Program Kem Bestari solat yang akan melibatkan semua murid SK banir. Sasaran awal ialah murid tahun 1 yang melalui satu siri khas j-QAF yang mewajibkan mereka melalui satu Kem Bestari Solat. Memandangkan SK Banir adalah sekolah kurang murid (SKM) maka pihak sekolah mengambil peluang dan inisiatif mewajibkan semua murid SK Banir hadir ke program ini

Objektif utama ialah melahirkan murid-murid yang pandai berwuduk, bersolat serta menguasai bacaan dalam solat dan rajin mengerjakan solat dan solatnya adalah sempurna.

Kepada semua guru-guru yang telah dinyatakan tugas masing-masing dalam mesyuarat yang diadakan semalam (29 Mac 2011), semoga anda dapat menjalankan tugasan ini dengan penuh keikhlasan dan jutaan terima kasih kerana membantu GPI dan j-QAF melaksanakan program ini.

daripada : Panitia Pendidikan Islam

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 6/2011 - Rabu, 30 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG kale ke 6/2011 akan diadakan esok pada pukul 2.30 petang. Majlis perasmian akan dilakukan oleh YB Samsuddin bin Abu Hassan. Namun besar kemungkinan beliau hanya akan menghantar wakil ke perasmian kerana pertembungan dengan satu lagi majlis yang akan diadakan esok, 31 Mac di SK Batu 3 Temoh iaitu program MB Perak bersama rakyat.

Sungguhpun begitu, pihak sekolah mengharapkan semua ibu bapa dapat hadir ke mesyuarat ini dan dapat membincangkan banyak persoalan dan permasalahan yang wujud di SK Banir bagi merealisasikan visi melonjakkan SK Banir ke puncak kecemerlangan. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan dan semoga mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat asalnya.

daripada : Pengurusan SK Banir

27 March 2011

Baju Korporat Kelab Guru SK Banir 2011 - Isnin, 28 Mac 2011

Kelab Guru SK Banir akan menempah baju F1 ( Korporat ) seperti gambar di atas hujung bulan Mac ini atas permintaan guru-guru dan juga staf bagi menggantikan penggunaan baju batik seperti tahun-tahun yang lepas. Baju ini dijangka akan siap pertengahan April 2011. Baju Korporat ini akan dipakai pada hari Rabu dan juga majlis-majlis rasmi di SK Banir.

Sehubungan dengan itu, diharap semua guru dan staf bersedia untuk membuat pembayaran apabila baju ini siap nanti. Semoga kerjasama yang terjalin antara ahli berkekalan selama-lamanya.


S/U Kelab Guru 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Kelompok 1- Isnin, 28 Mac 2011

Telah berlangsung Majlis Tilawah Ak-Quran Peringkat kelompok 1 pada 26 Mac yang lalu bertempat di SK Sri Kinjang. SK Banir telah berjaya menguruskan acara Tilawah yang bertempat di surau dengan jayanya. Berformatkan pemilihan, majlis tilawah dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencari wakil yang sesuai untuk ke peringkat seterusnya.

Majlis berakhir pada jam 12 tengahari. Terima kasih kepada tuan rumah, SK Sri Kinjang dan semua yang menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada guru-guru dari SK Banir, Pn Zhariah, Pn Noraziah, Cik Khairunnisa, En Mohd Shah, En Rafizal dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.


daripada : Panitia Pendidikan Islam

22 March 2011

Baju Kelab Guru 2011 (guru sahaja) dah siap - Rabu, 23 Mac 2011


Projek cetak baju teknik silkscreen oleh kelab guru dah siap. Baju-baju yang telah siap belum diedarkan lagi kepada guru-guru. Ini adalah projek kedua kelab guru pada tahun 2011 ini. Projek pertama ialah menyiapkan ID Card untuk guru-guru dan staf. Banyak lagi program dirancang oleh Kelab Guru 2011 ini antaranya ialah :

1. ID Card
2. Baju Kelab Guru & Staff
3. Baju Korporat
4. Konvoi Hari Keluarga ke Lumut ( Akan datang )
5. Jamuan ( Makan Malam )
6. Hari Kantin ( Usaha Niaga )
7. Hadiah hari lahir
8. Lawatan ke luar negara

*tertakluk kepada perubahan

Kita mengharapkan segala apa yang dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar. Kerjasama anda semua amat dihargai.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kelompok 1 di SK Sri Kinjang - Rabu, 23 Mac 2011

Majlis Tilawah Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Kelompok 1 akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 ini. SK Banir ditugaskan untuk menguruskan bahagian Tilawah Al-Quran ( Bilik / Dewan ) bersama dengan SK Batu Masjid. Mesyuarat penyelarasan tugas bagi guru-guru SK Banir akan diadakan pada 24 Mac 2011 (esok).

Jawatankuasa Penyelaras bilik/dewan bagi kategori Tilawah telah menyiapkan kad nama urusetia, kad peserta dan juga hakim. Contoh kad adalah seperti di bawah. Terima kasih juga kepada SK Batu Masjid atas kerjasama yang diberikan.

Selamat menjalankan tugas kepada semua guru-guru di Majlis Tilawah Al-Quran itu nanti.




09 March 2011

Penggunaan Kad Matrik di SK Banir - Khamis, 10 Mac 2011

Bermula April/Mei 2011, Warga SK Banir akan mula menggunakan Kad Matrik sebagai pengenalan rasmi guru-guru dan staf di SK Banir. Ini adalah salah satu daripada usaha yang dijalankan oleh Kelab Guru SK Banir sesi 2011 ini. Penggunaan kad matrik ini bertujuan untuk memudahkan guru-guru kerana di bahagian belakang kad ini terkandung maklumat-maklumat penting yang perlu bagi guru-guru tersebut.

Album Kenangan Program Motivasi CINTA - Khamis, 10 Mac 2011

Gambar sekitar program motivasi cinta pada 26 Februari yang lalu. Harapan dan impian semoga ianya dimakbulkan oleh Allah hendaknya. Amin..

03 March 2011

Taklimat Perluasan j-QAF 2011 - Jumaat, 4 Mac 2011


Taklimat Perluasan j-QAF 2011 telah diadakan di BSPN, Tasek Ipoh pada 3 Mac 2011. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Lutfi bin Abu Bakar, Penolong Pengarah j-QAF JPN Perak. Sejumlah 12 buah sekolah terpilih dalam program perluasan j-QAF tahun 2011 ini. SK Banir adalah salah satu daripadanya. Terima kasih kepada PPD, JPN dan KPM atas perluasan j-QAF ini dari warga SK Banir.

01 March 2011

Selamat Datang - Cik Khairunnisa(j-QAF2011) - Rabu, 2 Mac 2011

Ustazah Cik Khairunnisa binti Aminuddin (Guru j-QAF)

Syukur Alhamdulillah..akhirnya penantian untuk mendapatkan seorang guru j-QAF tercapai apabila proses penempatan guru-guru j-QAF 2011 menempatkan seorang daripadanya ke SK Banir.
Selamat datang kepada Cik Khairunnisa dan menjadi sebahagian daripada warga SK Banir.
Adalah diharapkan agar beliau dapat membantu murid-murid SK Banir menguasai bacaan Al-Quran, jawi dan sebagainya.

Warga SK Banir 2011

Kenangan Terindah 2011 - Rabu, 2 Mac 2011



Sesi bergambar warga SK Banir telah dijalankan pada Februari yang lalu. Wah! nampak segak dan bergaya sekali warga SK Banir dengan baju melayu dan kurung. Sesi bergambar adalah program tahunan Kelab Guru SK Banir. Gambar-gambar akan mula dijual kepada semua murid dan warga SK Banir pertengahan Mac nanti.

Tahniah kepada Kelab Guru kerana berjaya jalankan sesi fotografi ini dengan jayanya. Terima kasih kepada semua warga SK Banir 2011 atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penggambaran dibuat. Ye la..nak kena pakai baju melayu@kurung tu..mcm nak sambut raya je..susah tu..tapi U all sema BEST!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.