08 September 2013

Kembara Merdeka 2013

Acara Kembara Merdeka telah berjaya dilaksanakan dengan suasana meriah dan selamat. Acara dirasmikan oleh Encik.Abdul Razak b.Salleh - Penyelaras Kokurikulum PPD. Bermula dengan doa, nyanyian  lagu Hari Kebangsaan, ucapan-ucapan dan Pertandingan Basikal Berhias,murid-murid seterusnya memulakan kayuhan Kembara Merdeka dengan diringi oleh Cikgu Shah (PK HEM), guru-guru dan anggota polis. Laluan berbasikal sekitar kawasan kampung dan PPRT. Murid-murid seterusnya menyaksikan tayangan video tentang Hari Kemerdekaan.

Zulhilmi ( Tahun 6 ) telah memenangi tempat pertama Pertandingan Basikal Berhias. Tempat kedua, Afiqah ( Tahun 5 ) dan tempat ketiga Ain ( Tahun 4 ). Kepada murid-murid yang lain, boleh mencuba lagi di lain kali. Tahniah kepada semua murid dengan semangat yang bersungguh-sungguh.

aba0003skbanir's Kembara Merdeka album on Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.