27 March 2010

Motivasi & Akujanji - Sabtu, 27 Mac 2010


Program "Menyusuri Sinar Menggapai Bintang" Motivasi Murid & Ibu bapa telah di adakan pada hari ini (9.00 - 12.00 tengahari) dan sambutan begitu menggalakkan daripada semua ibubapa murid-murid tahap 2 dan juga murid-murid. Turut serta dalam program motivasi ini ialah beberapa orang murid dari SK Batu Masjid.

Penceramah bagi motivasi ini ialah Encik Aziz bin Jamaluddin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Kurau. Ceramah yang disampaikan begitu menarik dan menyeronokkan serta membangkitkan semangat murid-murid yang mengikuti program motivasi ini untuk berusaha dan berjaya dalam kehidupan serta peperiksaan UPSR yang akan datang.

Majlis ini juga turut diselitkan dengan satu majlis Akujanji 5A UPSR di antara murid-murid tahun enam dengan ibu bapa serta mentor dan kemudiannya diserahkan surat akujanji ini kepada guru besar SK Banir, Encik Saidi bin Daman.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


*Acara Akujanji dijalankan

Program Akujanji diadakan bertujuan untuk melahirkan rasa kesedaran dan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dengan murid-murid tahun 6 tentang pentingnya masa depan mereka dan ianya diukur dengan penilaian awal melalui peperiksaan UPSR. Akujanji ini adalah perjanjian bertulis bagi melahirkan kesedaran murid akan tangggungjawab mereka kepada ibu bapa dan juga guru-guru ( sekolah ).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.