04 February 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SK Banir 2010 Meriah dan ... - Khamis,4 Feb 2010


Sekitar latihan akhir sebelum acara sukan bermula. Persiapan khemah dan juga raptai penuh dijalankan.

Perbarisan lintas hormat. Murid menggayakan tema-tema mengikut kreativiti guru-guru rumah sukan. Bagi kategori rumah tercantik serta kawad kaki terbaik, rumah merah telah menjuarai ketegori ini. Tahniah buat rumah merah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh encik Isham bin Shaharuddin, Pengarah urusan Araz Interprise. Namun SK Banir juga menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka, YB Datuk Shamsuddin, ADUN Air Kuning. Beliau mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan kepada semua tetamu yang hadir ke Majlis Kejohanan Sukan Tahunan SK Banir ini. Terima kasih kepada perasmi, encik Isham dan juga YB Datuk Shamsuddin yang sudi hadir ke majlis kami.

Hanya 12 acara sahaja dipertandingkan pada kejohanan ini. Murid menunjukkan semangat yang kuat serta kerjasama berpasukan bagi semua acara. Keputusan keseluruhan dimenangi oleh rumah BIRU, dan ini merupakan tahun ke dua rumah biru menjuarai keseluruhan acara. Tahniah kepada semua murid dan juga guru-guru rumah sukan.

Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya sukan pada kali ini. Buat semua dermawan, jutaan terima kasih kerana sudi membantu SK Banir bagi menjayakan kejohanan sukan tahunan ini. Tidak lupa juga kepada perasmi, encik Isham dan juga YB Datuk Shamsuddin yang sudi hadir ke SK Banir.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

02 February 2010

Latihan untuk Sukan Tahunan 2010 - Selasa, 3 Februari 2010


Latihan Sukan Tahunan SK Banir 2010.

Walaupun cuaca agak panas dan adakalanya hujan, namun murid-murid dan guru tetap meneruskan latihan untuk sukan tahunan dengan begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Setiap rumah sukan telahpun membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi acara sukan sebenarnya pada 4 Februari 2010 ini. Pada tahun ini, acara sukan akan diadakan di padang baru yang telah dibersihkan dan kawasan padang bagitu sesuai bagi acara sukan pada kali ini.

Acara sukan tahunan ini akan diadakan secara terbuka atas permintaan PIBG. Sehubungan dengan itu, apa jua sumbangan dan bantuan yang ingin disalurkan kepada pihak sekolah, bolehlah berbuat demikian. Bersama kita menjayakan acara sukan tahunan pada kali ini.

Majulah sukan untuk kesihatan kita..

Come 2 School Challenge 2010


Bagi mengatasi masalah ponteng dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, Unit HEM SK Banir dengan kerjasama semua guru telah melancarkan satu program "Come To School Challenge" bermula 1 Feebruari 2010 sehingga 31 Oktober 2010.

Program adalah rentetan daripada program 'Star Search' yang telah dijalankan pada tahun lepas yang menunjukkan kejayaan yang diluar jangkaan apabila ianya mampu menarik minat murid yang selalu ponteng untuk hadir ke sekolah disebabkan ganjaran yang ditawarkan.

Pelancaran rasmi akan diadakan pada 8 Februari 2010 ini oleh Guru Besar SK banir, encik Saidi bin Daman. Adalah diharap program ini juga mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.