Pada UPSR 2013 yang lepas, S.K.Banir telah berjaya
menghasilkan seorang murid yang mendapat keputusan 5A. Beliau ialah Azhar Sani
yang merupakan salah seorang calon harapan sekolah untuk mendapat keputusan
5A. En Abdul Razak dari PPD Batang Padang merangkap penghulu SK Banir telah turut sama menyampaikan sumbangan kepada murid-murid Tahun 6. Tahniah dan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dengan kejayaan ini.
15 February 2014
08 September 2013
Kembara Merdeka 2013
Acara Kembara Merdeka telah berjaya dilaksanakan dengan suasana meriah dan selamat. Acara dirasmikan oleh Encik.Abdul Razak b.Salleh - Penyelaras Kokurikulum PPD. Bermula dengan doa, nyanyian lagu Hari Kebangsaan, ucapan-ucapan dan Pertandingan Basikal Berhias,murid-murid seterusnya memulakan kayuhan Kembara Merdeka dengan diringi oleh Cikgu Shah (PK HEM), guru-guru dan anggota polis. Laluan berbasikal sekitar kawasan kampung dan PPRT. Murid-murid seterusnya menyaksikan tayangan video tentang Hari Kemerdekaan.
Zulhilmi ( Tahun 6 ) telah memenangi tempat pertama Pertandingan Basikal Berhias. Tempat kedua, Afiqah ( Tahun 5 ) dan tempat ketiga Ain ( Tahun 4 ). Kepada murid-murid yang lain, boleh mencuba lagi di lain kali. Tahniah kepada semua murid dengan semangat yang bersungguh-sungguh.
Zulhilmi ( Tahun 6 ) telah memenangi tempat pertama Pertandingan Basikal Berhias. Tempat kedua, Afiqah ( Tahun 5 ) dan tempat ketiga Ain ( Tahun 4 ). Kepada murid-murid yang lain, boleh mencuba lagi di lain kali. Tahniah kepada semua murid dengan semangat yang bersungguh-sungguh.
06 September 2013
Jamuan Hari Raya SK Banir
Suasana Jamuan Hari Raya sekolah yang telah berlangsung pada hari Isnin 26.8.2013. Majlis juga turut sama diraikan oleh mantan Guru Besar SK.Banir iaitu Encik Hassan b.Abidin. Selain dari menjamu selera juadah yang dibawa oleh murid dan guru, persembahan murid juga menyerikan lagi jamuan Hari Raya SK.Banir.
Subscribe to:
Posts (Atom)




