Program Lawatan 1 Malaysia telah diadakan bermula pada 31 Oktober hingga 3 November 2009 ini. SK Banir telah menghantar 6 peserta iaitu, Norazuan, Mohd Shahrin, Saiyidah Nafisah, Siti Khafizatul Arifah, Nurul Afifah dan juga Intan Nursyahirah. Guru yang mengiringi mereka pula ialah Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi. Perjalanan mereka akan melalui beberapa tempat yang menarik di sekitar bandaraya Ipoh serta ke Lumut dan Pulau Pangkor. Semoga perjalan ini mendapat rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.31 October 2009
Lawatan 1 Malaysia "Indahnya Negeriku" - Sabtu, 31 Oktober 2009
Program Lawatan 1 Malaysia telah diadakan bermula pada 31 Oktober hingga 3 November 2009 ini. SK Banir telah menghantar 6 peserta iaitu, Norazuan, Mohd Shahrin, Saiyidah Nafisah, Siti Khafizatul Arifah, Nurul Afifah dan juga Intan Nursyahirah. Guru yang mengiringi mereka pula ialah Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi. Perjalanan mereka akan melalui beberapa tempat yang menarik di sekitar bandaraya Ipoh serta ke Lumut dan Pulau Pangkor. Semoga perjalan ini mendapat rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.29 October 2009
Sekitar Sukaneka Perpaduan RIMUP 2009 - Khamis, 29 Oktober 2009
Sukaneka Perpaduan RIMUP telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan iaitu melahirkan semangat perpaduan sesama kaum berteraskan semangat 1 Malaysia yang menjadi objektif utama sukaneka pada kali ini.
Antara ragam dan aksi sepanjang acara berlangsung. Acara sukaneka ini berjalan dengan penuh kemeriahan dan berjaya membentuk semangat berpasukan dikalangan murid-murid antara dua buah sekolah iaitu, SK Banir dan juga SJKC Hwa Lian. Tahniah kepada semua yang menjayakan acara sukaneka ini.
Peperiksaan Akhir Tahun - Khamis, 29 Oktober 2009
Peperiksaan Akhir Tahun telah bermula pada 27 - 30 Oktober 2009, berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Hari Anugerah Cemerlang pula akan diadakan pada 14 November 2009 ini bagi meraikan kejayaan murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

