
Sukaneka Perpaduan RIMUP telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan iaitu melahirkan semangat perpaduan sesama kaum berteraskan semangat 1 Malaysia yang menjadi objektif utama sukaneka pada kali ini.

Ucapan Guru Besar SK Banir, encik Saidi bin Daman yang menjayakan majlis perasmian sukaneka perpaduan ini. Kelihatan juga pengerusi PIBG, pn Ayuzana dan NYDP PIBG encik Sapuan yang turut sama memeriahkan acara.

Antara ragam dan aksi sepanjang acara berlangsung. Acara sukaneka ini berjalan dengan penuh kemeriahan dan berjaya membentuk semangat berpasukan dikalangan murid-murid antara dua buah sekolah iaitu, SK Banir dan juga SJKC Hwa Lian. Tahniah kepada semua yang menjayakan acara sukaneka ini.
0 comments:
Post a Comment