15 October 2009

Pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Negeri 21-23 Oktober 2009 - Khamis, 15 Oktober 2009

Pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Negeri akan di adakan pada 21-23 Oktober 2009 ini, bertempat di Grand Kampar Hotel, Kampar. SK Banir telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang akan membentangkan Kajian Tindakan"Star Search" peringkat negeri ini. Ini merupakan kali kedua SK Banir terpilih untuk membentangkan kajian di peringkat negeri.

Kajian ini telah di jalankan oleh Pn Zakidah bt Hj Abdullah dengan menumpukan kepada masalah ponteng di SK Banir. Turut sama dalam sesi pembentangan tersebut ialah, ustaz Mohamad bin Mat Yis sebagai peserta atau pemerhati. Alhamdulillah, kajian ini telah mencapai sasaran yang diharapkan iaitu, masalah ponteng telah dapat dikurangkan dengan jumlah peratusan yang tinggi. Tahniah..teruskan usaha yang murni.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PENAFIAN :: Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Terima kasih di atas kunjungan anda.